VISI
“Majlis Daerah Segamat sebagai sebuah organisasi yang terurus, cekap dan efektif dalam menjadikan kawasannya makmur dan progresif dengan persekitaran hidup yang sejahtera bagi penduduk dan juga para pengunjung menjelang tahun 2015” |
Visi MDS ini menetapkan satu halatuju yang diharapkan dapat dicapai menjelang tahun 2020. Visi ini merangkumi tiga komponen utama iaitu kawalan dalaman MDS, penumpuan terhadap memakmurkan kawasannya dan dalam masa yang sama member perhatian terhadap kesejahteraan persekitaran hidup penduduk dan juga pengunjung. Sejahtera, dalam konteks ini, membawa maksud sejahtera dari aspek kesihatan, persekitaran, keselamatan, keharmonian dan pencapaian ekonomi.
MISI
Misi Majlis Daerah Segamat adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan efektif dalam membangun dan mengurus kawasannya dengan:
- Meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan penyediaan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, kawalan kesihatan yang komprehensif dan juga penyediaan prasarana dan infrastruktur yang berkualiti.
- Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan sektor perdangangan dan juga perindustrian dengan menyediakan dasar dan polisi yang mesra bisnes bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
- Menguatkuasakan undang-undang secara telus , adil, dan berintegriti bagi memastikan kawasan pentadbirannya terurus selain membentuk masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang.
- Mengawal, menyelaras dan mematau aktiviti pembangunan dan juga perniagaan bagi mewujudkan alam persekitaran yang bersih dan indah.
- Memastikan system perhubungan yang menyeluruh dan berkesan bagi meningkatkan tahap mobility dan aksessibiliti penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Segamat.
- Membina organisasi yang berpotensi tinggi, cekap dan mesra pelanggan.