header
tempat-tempat menarik

Dataran Segamat

Bandar Segamat Bandar Segamat
Bandar Segamat Bandar Segamat

 

 

Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.

 

Taman Bunga Batu Hampar

Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.

Makam Bendahara Tepok

Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan.

Bandar Putra Segamat

Ia terletak berhadapan dengan Hospital Dearah dan berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Pusat Industri SEDC, Kolej TAR dan juga pelabuhan darat. Bandar Putra Segamat juga dikaitkan dengan cadangan Lebuhraya Kuantan-Segamat-Muar ke Lebuhraya Utara-Selatan untuk memudahkan hubungan perjalanan Kuala Lumpur dan Singapura. 

 

Klik Untuk Besarkan

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Jun 2009