SENARAI PERKHIDMATAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT |
Majlis Daerah Segamat sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah seperti berikut :- |
Aduan Awam |
| 1 | Menguruskan segala aduan-aduan awam yang diberikan oleh orang ramai. |
| 2 | Memberi maklum balas dan menyediakan laporan aduan. |
Perkhidmatan Perumahan dan Pembangunan |
| 1 | Menguruskan penyediaan rancangan pemajuan dan pembangunan fizikal Majlis. |
| 2 | Menjalankan urusan kelulusan kebenaran merancang. |
| 3 | Menjalankan urusan perakuan pelan pre-comp. |
| 4 | Menjalankan urusan kelulusan nama taman, pelan nombor bangunan dan jalan |
| 5 | Menjalankan urusan pewartaan tanah lapang awam. |
| 6 | Menjalankan urusan kelulusan pelan landskap. |
| 7 | Menjalankan urusan penyelenggaraan landskap di kawasan Majlis. |
| 8 | Menguruskan aduan berkaitan landskap. |
| 9 | Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bagi rumah sesebuah/projek perumahan, komersil/industri dan telekomunikasi. |
| 10 | Memproses permohonan kelulusan pelan ubahan dan tambahan. |
| 11 | Memproses permohonan kelulusan permit bangunan sementara. |
| 12 | Memproses permohonan kelulusan perlanjutan tempoh kelulusan. |
| 13 | Memproses permohonan kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki bangunan (CFO). |
| 14 | Memantau pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). |
Teknikal |
| 1 | Melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Majlis, Negeri dan Persekutuan. |
| 2 | Membuat pemeriksaan ke atas setiap projek yang dilaksanakan sehingga siap sepenuhnya. |
| 3 | Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan dan persiapan tempat. |
| 4 | Menyemak dan meluluskan spesifikasi kerja yang hendak dilaksanakan. |
| 5 | Memastikan kerja-kerja elektrik dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. |
| 6 | Memproses permohonan pemasangan lampu jalan yang dipohon oleh pemaju perumahan. |
| 7 | Mengawasi kerosakan dan pemasangan lampu isyarat dalam kawasan Majlis. |
| 8 | Membaiki dan bertanggungjawab dengan setiap kerosakan elektrik yang berlaku pada harta Majlis. |
Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran |
| 1 | Mengeluarkan lesen hiburan, perniagaan, iklan, penjaja dan gerai. |
| 2 | Mengeluarkan permit bagi permit sementara, jualan bermusim, kakilima dan sepanduk. |
| 3 | Memproses permohonan lesen baru, pembatalan lesen dan rayuan lesen. |
| 4 | Menjalankan aktiviti kutipan sampah, kebersihan longkang dan tempat awam, pemotongan rumput, mengawal selia kontraktor dan menguruskan aduan kebersihan. |
| 5 | Mengeluarkan kad kesihatan dan kad pengendalian makanan. |
| 6 | Menjalan kerja penggredan premis. |
| 7 | Menjalankan kerja kawalan jentik-jentik nyamuk, semburan nyamuk dan kawalan lalat. |
| 8 | Menjalankan pemeriksaan kebersihan tandas awam dan premis berlesen. |
Penilaian dan Pengurusan Harta |
| 1 | Menjalankan urusan penilaian harta am, harta kerajaan persekutuan/kerajaan negeri. |
| 2 | Menjalankan urusan menilai bangunan tambahan. |
| 3 | Menguruskan kadar sewaan harta. |
| 4 | Menguruskan tuntutan cukai, pelarasan akaun cukai, pulangan balik cukai, sitaan harta alih dan aduan cukai. |
| 5 | Menguruskan penyewaan tempat letak kereta. |
| 6 | Menguruskan tawaran, tuntutan dan penamatan sewaan. |
| 7 | Menguruskan tuntutan penggunaan air, elektrik bagi lampu awam dan bangunan serta caj pembentungan. |
| Undang - undang |
| 1 | Menggubal undang-undang dan peraturan bagi memastikan aktiviti mengikut garis panduan dan kawalan perundangan mengikut bidang kuasa Majlis. |
| 2 | Mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan majlis mengikut peraturan dan undang-undang majlis. |
Penguatkuasaan |
| 1 | Menjalankan urusan penguatkuasaan pembinaan. |
| 2 | Menjalankan urusan penguatkuasaan pelesenan tred perniagaan. |
| 3 | Menjalankan urusan penguatkuasaan pengiklanan dan hiburan. |
| 4 | Menjalankan urusan penguatkuasaan halangan dan kacau ganggu |
| 5 | Menguruskan penguatkuasaan tempat letak kereta. |