• gmbar
 

DURIAN DURIAN


Informasi tentang durian

Nama Biasa: Durian

Nama Saintifik: Durio Zibethinus Murr

Keluarga: Bombaceae

Asal Usul Durian:

Durian dipercayai berasal dari gususan Pulau-Pulau Melayu. Di antara spesis-spesis yang dijumpai di Malaysia adalah daripada jenis Durio yang menghasilkan buah-buah yang boleh dimakan termasuk D.Gaaveolens, D.Dulcis, dan D.Kutenjensis.

Kawasan-Kawasan Utama Durian:

Durian telah ditanam di seluruh pelusuk Malaysia dengan kawasan-kawasan tanaman komersial durian seperti di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Kandungan Khasiat Durian : Komposisi khasiat durian adalah seperti berikut:-

Nutrisi Durian

Setiap 100 gm yang di makan

Tenaga

153 kcal

Kabohidrat

27 gm

Kalsium

40 mg

Zat Besi

1.9 mg

Vitamin A (Carotene)

150 mg

Vitamin C

23.3 mg

B1

0.1 mg

B2

0.13 mg

Fat

3.4 mg

Protein

2.7 mg

 

Use & Kegunaan & Potensi Durian: Durian dianggap sebagai Raja kepada segala buah dan ianya dimakan secara mentah. Durian adalah buah-buahan yang paling popular di negara ini. Permintaan terhadap buah durian adalah yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Pelbagai jenis produk yang berasaskan buah durian dapat dihasilkan. Antara produk-produk yang telah dihasilkan seperti; lempok durian, serbuk durian, jem durian dan sebagainya.

DurianDurian

Segamat Durian

Durian

Ingat Raja Buah...?
Ingin Menikmati Durian Cengis...?
Durian Lemak Manis...
Segamat Menyediakan Segalanya
Durian Segamat...
Segalanya Segar... Amat di SEGAMAT...

 

Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara durian-durian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain.

Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat ini. Diantara kawasan-kawasan kampung dimana Durian Saka ini ditanam adalah seperti di Kampung Bumbun, Kampung Sepinang, Kampung Jabi, Kampung Gelang Chincin, Kampung Pogoh dan juga di sekitar kawasan Buloh Kasap.

Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi. Segamat juga menpunyai kawasan tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di Segamat ini.