HUBUNGKAIT DAN PIHAK BERKEPENTINGAN
Majlis Daerah Segamat berurusan dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Pelanggan MDS terdiri daripada semua penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Segamat terutamanya pembayar cukai, warga kerja sektor kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat konsesi, pengusaha-pengusaha sektor perniagaan dan perindustrian, pemilik-pemilik bangunan serta pengunjung dan juga pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara.
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga ahli-ahli Majlis merupakan pihak yang berkepentingan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di MDS. Ini adalah kerana salah satu peranan penting MDS adalah sebagai agen pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Rakan kongsi MDS pula terdiri dari pelbagai pihak yang sentiasa bersama-sama merencana dan membangunkan MDS seperti agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat utiliti serta sektor swasta terutamanya yang terlibat secara langsung dengan pembangunan seperti pemaju, perunding dan juga kontraktor. Sebagai rakan kongsi, hubungkait mereka dengan MDS dapat membentuk kerjasama strategik yang membolehkan MDS menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.