Daerah Segamat mempunyai perhubungan darat yang baik dengan adanya laluan utama Jalan Persekutuan 1 yang menghubungkan Daerah Segamat dengan kawasan-kawasan di sebelah utara dan selatan semenanjung Malaysia.Laluan keretapi yang menghubungkan Singapura dan sempadan Thailand juga merupakan antara sistem perhubungan darat utama di Daerah ini. Selain itu, Daerah Segamat juga dihubungkan dengan Bandar Kuantan di pantai timur oleh Lebuh Tun Abdul Razak yang merentasi Negeri Pahang.Ke Lebuh Raya Utara Selatan dari Bandar Segamat jika melalui Persimpangan Bertingkat Yong Peng Utara jaraknya adalah kira 72 kilometer, manakala jarak dari Bandar Segamat ke Persimpangan Bertingkat Tangkak adalah kira-kira 55 kilometer.