Objektif strategik yang dirangka fokus kepada usaha untuk mencapai visi yang telah ditetapkan. Berikut adalah objektif strategik yang telah dikenalpasti :
- Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis Daerah Segamat bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dalam kawasan pentadbirannya.
- Memperkasa tadbir urus Majlis Daerah Segamat ke arah menjadikan sebuah organisasi yang cemerlang.
- Memperkasa usaha untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti.
- Memantapkan kolaborasi strategik bagi meningkatkan daya laksana dan keberkesanan Program Pembangunan Fizikal dan Sosial.
- Memperkasa usaha membentuk masyarakat yang berpendidikan, partisipatif dan harmoni.
-
- Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi ke arah kemakmuran kawasan MDS.