header
Mesej Setiausaha

su

 

Selamat Datang dan terima kasih diucapkan kepada pengguna yang melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Segamat (MDS). Kami mengalu-alukan Pelanggan kami bagi mendapatkan informasi atau memberi maklum balas yang dapat dimanfaatkan Pentadbiran MDS untuk kebaikan semua pihak.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi memenuhi kehendak pelanggan terutamanya pembayar cukai, MDS sedaya mungkin berusaha menyalurkan maklumat terbaik berkaitan fungsi, aktiviti, kemudahan, perkhidmatan, pembangunan serta informasi pengurusan lain yang berkenaan. Kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan adalah menjadi fokus utama MDS dan Portal ini dilihat menjadi medium perantara ke arah mempertingkatkannya.

Menyentuh mengenai MDS secara khusus, kami diperingkat Pentadbiran sentiasa berusaha mencerna minda, mencanai idea serta menjana tenaga bagi mempastikan pembaharuan yang proaktif dan responsif dalam pengurusan. MDS bergerak segandingan dalam memperkemas dan memperkukuh organisasi seiring dengan perancangan pembangunan Kerajaan Pusat dan Negeri.

Disamping itu, hasrat Kerajaan yang menekankan servis bermatlamatkan pelanggan melalui penetapan pelbagai saluran perkhidmatan, penggunaan infrastruktur dan pengaplikasian ICT digembleng sebagai usaha berterusan pihak Kerajaan untuk digapai. MDS tidak terkecuali dan Portal ini adalah sebagai salah satu fasiliti bagi menyahut seruan Kerajaan tersebut.

Akhir kata, melalui Pentadbiran yang komited, masyarakat yang berkerjasama dan gandingan mantap pelbagai pihak bertanggungjawab pastinya bakal menjadikan MDS dapat mencapai sasaran ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Insya Allah.

 

Ungku Mohd Tahir Bin Ungku Mohd Zakaria
Setiausaha,
Majlis Daerah Segamat.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 20 Jun 2011