header
logo

Logo

Jata MDS Yang berbentuk bulat
Membawa maksud pentadbiran MDS di dalam satu kawasan yang bersatu dan seterusnya melambangkan perpaduan kerjasama semua di peringkat pengurusan MDS dalam mewujudkan Perbandatan yang terancang, berbudaya, indah dan sejahtera.

Tulisan jawi
Menunjukkan jati diri, agama dan budaya harus dipelihara.

Simbol Oktagon
Melambangkan sejarah penubuhan MDS yang terdiri daripada lapan cawangan yang disatukan di bawah satu pentadbiran.

Bangunan
Melambangkan pentadbiran yang cekap dalam perancangan pembangunan dari segi sektor perumahan, perindustrian dan keusahawanan.

Durian
Melambangkan buah yang paling popular dan paling enak di daerah Segamat,

Bunga Tanjung
Melambangkan bunga rasmi Negeri Johor.

Simbol Tiang
Melambangkan kekuatan dan ketegasan MDS dalam melaksanakan kerja.

Warna merah
Melambangkan keberanian, keteguhan dan ketegasan MDS dalam menjalankan pentadbiran.

Warna Biru
Melambangkan perpaduan nasional dan ia juga melambangkan semangat MDS.

Warna Kuning
Melambangkan kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah dan menunjukkan Johor Sebuah negeri yang berdaulat. Ia juga menunjukkan semangat MDS yang berkobar-kobar.

Warna Hijau
Melambangkan kehijauan dan kesegaran kawasan Segamat dan menunjukkan MDS berusaha bagi mewujudkan perbandaran yang terancang.

Moto MDS

Khidmat Untuk Rakyat

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 Jun 2011